Pengenalan

Persatuan ini merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali dengan nama PERSATUAN INTELEKTUAL MUSLIM MALAYSIA dan telah berdaftar secara rasmi dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2 Jun 2009 dengan no. pendaftaran 1126-09-SEL. 

Persatuan ini ditubuhkan untuk mencapai objektif seperti berikut :
1. Menghimpunkan para pelajar peringkat pengajian Doktor Falsafah dan tenaga pakar dalam bidang pendidikan Islam dalam sebuah organisasi bagi menggembleng tenaga, usaha dan sumber-sumber yang ada untuk melaksanakan agenda pendidikan, kebajikan dan sosial.

2. Menggalakkan penerbitan, penyelidikan, perundingan dan pengumpulan bahan bacaan yang boleh meningkatkan kualiti kesarjanaan dalam bidang pendidikan Islam dan bahasa Arab.

3. Membina jaringan akademik dan penyelidikan dengan tenaga pakar daripada pelbagai institusi bagi membincangkan isu, mengemukakan idea, mencari penyelesaian dan bertukar pendapat dalam bidang pendidikan Islam dan bahasa Arab.

4. Menjalinkan perpaduan dalam kalangan ahli-ahli khasnya dan masyarakat amnya melalui perencanaan aktiviti dan program ke arah memartabatkan pendidikan Islam.